Pengikut

Friday, December 23, 2011

Peringatan presiden kepada pemimpin, ahli PAS

KUALA LUMPUR, 22 Dis: “Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, tegasnya sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Beliau menegaskan lagi, seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil kerana itulah sifatnya perjuangan Islam.

Jelasnya, PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

Beliau berkata, PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.

Katanya lagi, sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu kenyataan yang ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Berikut adalah peringatan penuh beliau.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin

(i) menolak penggunaan Bismillah,

(ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah,

(iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah,

(iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan: kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Wednesday, December 21, 2011

Masa depan kepentingan peneroka felda- FGV

Kebimbangan yang paling mendesak ialah adakah kepentingan peneroka dalam FH akan terjamin, sebaik sahaja kepentingan tersebut di urus oleh FGV? Ini yang kita kena tanya. Jangan mudah terpedaya dan ternganga dengan presentation graphicals, warna warni dan powerpoint effects. Cuba soal-apa yang FGV akan lakukan yang bebeza daripada yang sedang mereka lakukan? Jika mereka ada ‘senjata ajaib’ baru, kenapa mereka tidak amalkan untuk menguntungkan FGV dalam perniagaan mereka sendiri? Kenapa rugi?

Kepakaran baru? Bakat pimpinan baru? Ilmu baru? Ada cara luar biasa dan ajaib?

Jika mereka boleh menjanjikan kaedah luar biasa lagi ajaib, kenapa perkara tersebut tidak di lakukan keatas perniagaan nya sekarang? Bukankah dengan melakukan apa yang di janjikan untuk IPO, FGV boleh menghasilkan keuntungan keatas perniagaan mereka sekarang? Kenapa tidak di lakukan? Adakah itu punca FGV kerugian 500 juta sebelum ini?

Ini yang puzzling. FGV says it will bring the listed vehicle to new hieghts and make profits. So how come, it hasn’t applied those profit enhancing strategies on its current business? Surely, kita expect, if they have done that, the track record of FGV would have been very assuring.

Cerita kelentong sana sini- bagaimana produktiviti boleh meningkat dan karut marut- semua cerita tersebut boleh di reka reka. Kita kena match dengan realities. Lagi pun, kalau kita cerita tentang produkviti dalam bisnes perladangan dengan buat tabulation dan graphs sana sini- bukan kah itu semua bisness yang sedang di lakukan oleh FH holding sendiri? Itu bidang bisnes mereka yang mereka tentu ada lebih kepakaran daripada FGV. Kita hendak lihat apa FGV boleh lakukan kepada bidang bisnes mereka sendiri. Bidang orang lain yang orang lain lebih pakar dari kita, jangan lah kita sibuk hendak cerita.

Kita kena tanya, apa tujuan IPO? Ianya bertujuan untuk raise capital dari langganan pembeli awam. Bila orang beli, wang masuk dan harga saham naik. Selalu nya mula mula naik. Ramai orang bikin wang. Tapi selepas masa seronok?

Dalam kes ini siapa yang hendakkan modal? Jawab nya FGV. Kenapa FGV mahu modal dari pasaran saham? Kos nya berapa? Adakah kos itu (dalam bentuk jaminan kadar pulangan) lebih baik atau buruk, jika FGV pinjam sahaja duit dari pasaran bank? Atau pinjam sahaja dari Felda yang di katakan banyak duit. Atau pinjam dari EPF kerana EPF pun selalu beri pinjam dan wang nya di pinjamkan pada kadar yang baik. Jika FGV dapat pinjam pada kadar 2% tidak kah ini pada kadar yang terbaik?

Apa FGV mahu buat? FGV akan labur dalam portfolio yang macam macam. Gerenti untung kata mereka.

Apa rekod untung FGV? Takde. Sebab dalam pelaburan yang mereka urus dan lakukan sendiri- mereka rugi. Tapi pelaburan yang mereka lakukan dalam Felda Holdings untung. Tapi itu is a different matter. Itu cerita Felda Holdings bukan cerita FGV. Sebab FH di bawah pengurusan nya sendiri mencatat keuntungan. Jadi FGV nak leverage atas keuntungan yang orang lain buat untuk mereka sebagai asas buat IPO. Binawe punya orang. Kita ingat dia mahu tunjukkan intrinsic record dia sendiri- rupa rupa nya, menumpang atas rekod orang lain- FH.

Jadi apa isiu nya? Isiu nya ialah dalam FGVH nanti, siapa yang mengurus portfolio bisnes? FGV yang ada rekod rugi kah yang akan urus? Jika ya, maka masa depan kepentingan peneroka dalam FH akan muram. Perlu kita ingat, sekarang FH diserapkan dalam perniagaan FGV. Dan ingat- FGV punya rekod- buruk.

Ini yang mendatangkan keresahan. Bukan kita suka suka tentang. Ada asas untuk rasa gelisah dan waswas. FGV leverage atas kekuatan orang lain . jadi mana mungkin ia mendatangkan keyakinan kepada kita dan peneroka bahawa perniagaan yang mereka akan urus akan untung? Rekod mereka tak bagus.

Jadi jangan kita sentimental dalam kes penyenaraian Felda. Ada keluarga yang datang dari kalangan peneroka. Kita identify dengan harapan dan kesusahan peneroka. Itu sikap politically correct. Takkan kita hendak menyebelahi kapitalis. Tentu kita sokong rakyat marhaen- para pak tani. Tendensi kita ialah menyerang sesiapa yang kita rasa mengacau kepentingan peneroka felda.

Tapi kepentingan peneroka is best served dengan strateji pelaburan yang betul. Kepentingan mereka selama ini, elok di bawah FH. Mulai sekarang, ia di letakkan di bawah pengurusan FGV yang kerugian. Beritahu kepada kita, adaakh kepentingan peneroka di perlakukan dengan tanggung jawab?

sumber: sakmongkol.blogspot.com

Wednesday, December 7, 2011

Thursday, December 1, 2011