Pengikut

Tuesday, August 16, 2011

Pandangan Sisi: Serbuan JAIS

Isu Murtad bukan perkara baru. Dulu kita gempar dengan isu Aisyah Bukahri, Hartina Kamaruddin, Lina Joy dan ramai lagi. Pada masa itu akhbar arus perdana tak begitu terliur dengan isu-isu aqidah. Malah isu ini seolah cuba dipadamkan dengan alasan untuk menjaga keharmonian dan menjauhi kacau bilau agama.

Malah Jabatan Agama juga sebelum ini menjadi Jabatan yang tidak bertaring. UMNO berjaya menjinakkan Jabatan Agama sehingga sebarang serbuan dan pendakwaan berakhir dengan kes itu disapu di bawah karpet. Malah sekiranya ada yg bangkit mempertahankan prinsip, akan menerima padah sebagaimana Allahyarham Dato Ishak Baharum


Masih ingatkah kita dengan fakta-fakta ini

1. Tiga gadis Melayu Islam menyertai pertandingan ratu cantik ditangkap oleh lima pegawai JAIS.


Pengarah Jais pada masa itu mengambil sikap mendiamkan diri. Tindakan JAIS disokong kuat oleh Dato Mufti Ishak Baharum kerana tindakan itu selaras dengan fatwa selangor yg mengharamkan wanita Islam meyertai pertandingan ratu cantik.

masih ingatkan kita dengan kata kata Tun Dr Mahathir, (PM pada ketika itu) rujuk Utusan Malaysia, 19 Julai 1997

“Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

Solusi UMNO: Dato Ishak Baharum ditamatkan kontrak (Pecat)


2. Serbuan dan tangkapan JAIS terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 10 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras


Tangkapan dibuat berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor, di bawah Seksyen 10 (kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam), Seksyen 18 (kesalahan minum arak) dan Seksyen 21 (kesalahan melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam).

Ulasan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 :

“Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”. Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan

Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras :

Katanya "Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

Tun Abdullah (PM pada ketika itu) juga tumpang semangkuk sewenangnya berkata :“Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.

Solusi UMNO: mengarahkan kes itu dikaji dan ditarik balik. Tiada pendakwaan atas yang terlibat

3. serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun Dr.Mashitah lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. akhbar media perdana termasuklah beberapa laman web khususnya yang berbahasa Inggeris telah memberikan liputan menyeluruh terhadap kejadian ini termasuklah memuatkan kritikan dari tokoh-tokoh politik UMNO yang membela dan mempertahankan mereka yang ditahan. Antaranya termasuklah Shahrizat Jalil, Noraini Ahmad Ketua Puteri Umno Malaysia, Rais Yatim, Shahril Samad dan lain-lain. Sharizat Jalil mengamuk dan Peguam Negara juga melenting. Pegawai-pegawai Jawi dipanggil. Mereka diberitahu tangkapan itu tidak sah dan pertuduhan mesti dibatalkan. Solusi UMNO : Kes ini ditarik balik atas tekanan pemimpin UMNO.

Selepas naiknya Pakatan Rakyat, Jabatan Agama kelihatan berani mempertahankan serbuan dan pendakwaan mereka. Sememangnya sudah lama rakyat mahu melihat wibawa dan ketrampilan Jabatan Agama. Jabatan agama tidak seharusnya tunduk pada orang politik. Jabatan agama tak seharusnya memilih bulu dalam pendakwaan.

Satu solusi buat rakyat... Jika jabatan agama berada di bawah negeri kekuasaan UMNO/BN, wibawanya hilang. UMNO berjaya meletakkan Jabatan agama setaraf dengan jabatan haiwan.

Solusi rakyat: Kalau nak Jabatan agama berani dan berwibawa, PRU 13 nanti pastikan tampuk kekuasaan negeri dan negara diberikan pada Pakatan Rakyat.