Pengikut

Thursday, July 28, 2011

PAS Bantah Pengeluaran Produk Daraclar @ Beer Stabilizer

ISU PENGELUARAN PRODUK ‘DARACLAR’ @ ‘BEER STABILIZER’ UNTUK KEGUNAAN BERKAITAN PENGELUARAN ARAK OLEH SYARIKAT W.R. GRACE SPECIALTY (M) SDN BHD DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG, KUANTAN, PAHANG

1. PAS memandang serius dan kesal berhubung isu pembinaan kemudahan baru bagi pengeluaran produk yang berkaitan arak oleh syarikat W.R. Grace Specialty (M) Sdn Bhd di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Berdasarkan maklumat, pembinaan bagi kemudahan pengeluaran produk yang di kenali sebagai ‘Beer Stabilizer’ atau nama komersilnya ‘Daraclar’ sedang berjalan dan di jangka akan memulakan operasinya pada suku keempat 2011.

2. Walaupun terdapat fatwa dari Jabatan Mufti Pahang yang di keluarkan pada 31 Julai 2004 yang mengatakan harus bekerja di kilang yang mengeluarkan silika bagi tujuan menapis arak yang turut sama di gunakan untuk perusahaan lain seperti cat dan kaca, PAS berpendapat bahawa maklumat yang jelas dan terperinci mesti diberikan oleh pihak syarikat kepada Jabatan Mufti berhubung produk ‘Daraclar’ tersebut dan kedudukan semasa syarikat di peringkat dunia dalam pengeluaran produk bagi industri arak.

3. PAS bertegas satu kajian semula secara terperinci dengan meletakkan kebajikan pekerja Islam yang merupakan pekerja majoriti di syarikat tersebut dan juga rantaian yang bakal menerima tempiasnya seperti mereka yang bertugas di syarikat lori, pelabuhan, perkapalan dan lain-lainnya.

4. PAS juga menuntut ketegasan kerajaan negeri agar meniliti dengan sehalus-halusnya setiap permohonan yang di buat agar tidak memperjudikan keselamatan, maruah dan kemuliaan agama dan diri dalam membuat sesuatu keputusan walaupun pada asasnya di lihat mempunyai keuntungan kewangan yang banyak namun pada jangka panjang ianya merugikan dan tidak mempunyai keberkatan di sisi Allah di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Suhaimi Md Saad

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang



Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Osman

Mufti Negeri Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang,

Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

Jalan Istana Permai,

26600 Pekan,

Pahang Darul Makmur

ﺃﻠﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻛﻡ ﻭﺮﺤﻤﺔ ﺃﷲ ﻮﺑﺮﻛﺎﺘﻪ

Dato’,

MEMOHON PENJELASAN BERHUBUNG FATWA BERKAITAN HUKUM BEKERJA DI KILANG YANG MENGELUARKAN SILIKA BAGI TUJUAN PENAPISAN ARAK DI KILANG W.R. GRACE SPECIALTY (M) SDN BHD, GEBENG, KUANTAN, PAHANG

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dan juga keputusan yang bertarikh 31 Julai 2004 yang di rujuk kepada Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my).

2. Kami mewakili umat Islam yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian Gebeng dan juga pekerja Islam di kilang tersebut ingin menyuarakan kegusaran dan kekesalan kami berhubung langkah kilang tersebut yang ingin meluaskan skop perniagaan mereka ke suatu bidang yang jelas bercanggah dengan hukum Islam dan tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan Tuanku Al Sultan selaku pentadbir agama negeri.

3. Untuk makluman Dato’, berdasarkan kepada kajian kami melalui carian di laman web kumpulan syarikat tersebut dan juga maklumat dari pekerja kilang terbabit, bahan kontroversi tersebut yang bakal di keluarkan adalah DARACLAR ataupun di kenali sebagai ‘Beer Stabilizer” yang berfungsi menjernihkan arak dan menambahkan ‘seri atau kilat’ pada arak tersebut.

4. Berdasarkan kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berkenaan tersebut, kami meragui penjelasan yang di berikan oleh pihak pengurusan kilang tersebut terhadap pihak Dato’ akan tujuan pengeluaran bahan silika oleh kilang mereka. Kami sedia maklum akan kepelbagaian barangan silica yang dihasilkan oleh kilang tersebut tetapi ingin menegaskan kepada pihak Dato’ bahawa silika DARACLAR adalah khusus untuk pengeluaran arak.

5. Untuk memberi lebih penjelasan berhubung perkara ini, kami sertakan bersama dengan ini beberapa artikel yang di perolehi dari laman web kumpulan syarikat tersebut sebagai rujukan pihak Dato’.

6. Kami juga di maklumkan terdapat usaha yang di buat oleh kakitangan syarikat tersebut untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Dato’ tetapi telah di berikan amaran oleh pihak-pihak tertentu supaya tidak meneruskan usaha mereka. Para pekerja yang prihatin dan insaf bahawa sekiranya pengeluaran produk DARACLAR ini di teruskan juga, mereka bakal berdepan dengan masalah yang amat serius iaitu mata pencarian halal mereka selama ini bakal di limpahi dengan percikan arak yang membinasakan itu.

7. Justeru itu kami sekali lagi merayu pihak Dato’ agar dapat mengkaji semula ketetapan yang telah di keluarkan tersebut dan menerusi bidang kuasa Dato’, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seluruh pihak yang bertanggungjawab agar mengambil tindakan tegas untuk menghentikan pengeluaran produk haram tersebut.

8. Semoga tindakan tegas kita semua dapat menyelamatkan kehidupan dan mata pencarian umat Islam khususnya dan kehidupan sekitar amnya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

tt

(Ustaz Suhaimi Md Saad)

Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang


Friday, July 1, 2011

Lynas @ Gebeng : Terlondeh lagi daa....

Laporan New York Times yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

Nota: Nicholas Curtis (NC) dalam sidang medianya menafikan berita NYT. Ini soal reputasi syarikat. Sebagai syarikat gergasi yg mempunyai kewangan yg kukuh... tunggu apa lagi saman NYT dan bersihkan nama baik syarikat. Apa sahaja peruntukan undang undang antarabangsa sepatutnya digunakan untuk membersihkan reputasi Lynas. NC bukan org kampung yg duduk di Balok yg tak mempunyai kewangan untuk membersihkan namanya di Mahkamah dunia.