Wednesday, March 30, 2011

Kempen selamatkan Malaysia, Anti Lynas di parlimen

Bertolak dari Balok Jam 2 Pagi. Lokasi tujuan Parlimen Malaysia

Berarak menuju ke bangunan Parlimen

Kami datang untuk anak anak kami.. Semoga anak ini akan menjadi kebanggaan sekolah mereka

Kedua-dua anak saya turut membantah. Sepatutnya saya bawa 3 orang namun Anak saya yg sulung demam sejak 2 hari lalu.

Hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke parlimen...

Yang lain meneruskan perjuangan diluar parlimen

Badge disematkan kepada ahli parlimen yang menyokong usaha kami, antaranya Dato Seri Nizar Jamaluddin
Kami teruskan bantahan dalam parlimen walaupun dengan 10 orang...

Wednesday, March 23, 2011

GABEM tambah satu lagi Produk untuk orang Melayu

Baca link di bawah (Klik)

Terbongkar - Rahim Tamby Chik salah seorang dalangnya

Rahim Tambi Chik - Pengerusi GABEM
Pengerusi GABEM hebat.. 5 tahun selepas dilantik menjadi Pengerusi berjaya mengeluarkan produk baru.. Video porno ahli politik. Tahniah. Rupanya orang melayu mengikut kaca mata Pengerusi Gabem hanya boleh dimajukan melalui pengeluaran video porno.

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) adalah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh pucuk pimpinan negara untuk memperjuangkan pelaksanaan Agenda Ekonomi Melayu Bumiputera.

Penubuhan GABEM secara rasmi telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 6 Jun 2006 (06-06-06) di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur. Serentak dengan itu, YAB Perdana Menteri telah melantik YBhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik, sebagai Pengerusi GABEM serta diikuti dengan perlantikan 24 Ahli Majlis Perundingan GABEM dan 24 Ahli Majlis Pemuafakatan GABEM.

GABEM ditubuhkan sebagai satu langkah parti pemerintah d untuk mencapai hasrat Kerajaan meningkat dan menambah lebih ramai lagi bilangan usahawan Bumiputera di bawah dasar Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Generasi Baru(MPPB) agar kekayaan negara dapat dijana dan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di negara ini. GABEM bekerjasama rapat dengan Kerajaan, GLC's, ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin Badan-badan Ekonomi Melayu, profesional dan para akademia Melayu untuk memajukan ekonomi bangsa.

YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya GABEM menumpukan kepada Lima Matlamat Utama GABEM berikut:

  1. Meningkatkan pemuafakatan di antara Badan-badan Ekonomi Melayu, GLC, pegawai-pegawai Kerajaan dan Badan-badan Swasta Melayu
  2. Meningkatkan Jihad Ekonomi Melayu dengan memberi penekanan kepada anjakan paradigma, penghijrahan minda dan perubahan sikap di kalangan usahawan Melayu.
  3. Meningkatkan penghayatan semangat Patriotisme Ekonomi Melayu.
  4. Mencegah dan membanteras Ketirisan.
  5. Memapankan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
VISI

Melayu Berprestasi Tinggi Dalam Ekonomi

MISI

Memperkasa dan Memartabatkan Ekonomi Melayu Menuju Malaysia Maju 2020

Tuesday, March 22, 2011

Siapa Dato T

Klik untuk lihat gambar

Video Skandal : Soalan Mesti Jawab

Beberapa kemusykilan dari skandal video yang heboh diperkatakan kini:
  • Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara..

  • Apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut..

  • Mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam dan pakar-pakar yang boleh memperakui kesahihannya..

  • Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat..

  • Mengapa imej muka yang dipaparkan "menyerupai" Anwar tetapi bentuk tubuh dengan perut yang boroi meragukan..

  • Mengapa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat..
Mungkin Dato 'T' ada penjelasannya...(menurut wartawan Dato T semasa buat pendedahan ini di Hotel tersebut bertopeng seperti zoro)

Friday, March 18, 2011

Lagi Isu "Rare Earth" Gabeng Bergema di Parlimen

TERKINI..: Perbahasan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan berkenaan Isu Nuklear Jepun dan ‘Rare Earth’, Kuantan

Tuan Yang diPertua

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberi peluang dan laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong buat sesi Mesyuarat ke 4 sidang Parlimen ke 12 kali ini.

ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

Saya turut serta rakan – rakan Ahli Parlimen yang lain di dalam solidariti dan menyampaikan ucapan takziah kepada Negara serta rakyat Jepun. Ribuan nyawa manusia telah kehilangan akibat tragedi tersebut. Ribuan manusia bersedih di atas kehilangan dan kematian keluarga tercinta. Malah seluruh dunia berdukacita diatas bencana yang menimpa dan apabila melihat kerosakan keatas alam yang begitu dasyat sekali.

  • Sehingga kini sudah ada 4 reactor nuclear yang meletup dan pencemaran radiasi amat-amat mencemaskan rakyat bukan sahaja di Negara Jepun akan tetapi diseluruh rantau ini
  • Kini ratusan mungkin ribuan manusia telah terdedah kepada bahan radiasi akibat letupan tersebut. Dimasa yang sama ratusan ribu manusia pula terpaksa dipindahkan ketempat yang lebih selamat.
  • Sehubungan dengan itu selain dari mengucapkan takziah terhadap Kerajaan dan rakyat Jepun, saya juga ingin menyarankan kepada Kerajaan Malaysia untuk memikirkan strategi membawa pindah atau membawa balik rakyat Malaysia serta pelajar di Jepun, yang mungkin terdedah kepada bahan radiasi akibat daripada letupan reactor nuclear itu. Keprihatinan pihak berwajib untuk bertindak cepat amat-amat di perlukan pada waktu dan ketika ini. Kita tidak seharusnya menunggu kesan sampingan terdedah kepada bahan radiasi ini berlaku dengan parah sebelum kita bertindak.

Tuan Yang di Pertua

  • Alam Sekitar dan keselamatan penduduk bukan merupakan satu isu yang selalu mendapat perhatian awam di Malaysia sehinggalah tragedi seperti ini berlaku dan kita semua telah menyaksikan dengan perasaan gerun bercampur terharu serta sedih melalui kaca televisyen tentang bagaimana dasyatnya keadaan diNegara Jepun apabila tsunami melanda.
  • Sehubungan dengan perbahasan Alam Sekitar ini saya ingin membawa isu berkenaan refinery plant ataupun logi pemprosesan rare earth kepunyaan Lynas Corp Ltd diKuantan. Perkara ini telah saya bangkitkan buat pertama kalinya di dewan yang mulia ini pada 18hb November 2008 dan seterusnya buat beberapa kali lagi. Namun perkara ini masih belum dianggap penting oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini masih diteruskan sehinggalah seorang wartawan NYT, Keith Bradsher telah terbang jauh ke Kuantan untuk membuat penyelidikan dan seterusnya menulis di dalam akhbar New York Times pada 7 November 2011. Apabila masyarakat antarabangsa mula mengambil perhatian tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia berkenaan isu ini, maka rakyat di Malaysia juga sudah mula bercakap dan berbahas di kedai kopi serta di media sosial dan internet.
  • Setelah lebih dua tahun berbahas mengenai isu ini saya masih tidak faham apakah rasionalnya Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang bertegas dan beria-ia mahu meneruskan projek ini. Jelas tiada siapa yang akan mendapat keuntungan dari projek ini.
  • Memang industri ini merupakan industri yang strategik akan tetapi, wajarkah Malaysia melibatkan diri didalam keadaan tiada keuntungan buat Negara kita?

Tuan Yang di Pertua,

Memang kita tiada mendapat keuntungan langsung. Hanya risiko yang menanti

Saya jelaskan dan tegaskan keadaan ini adalah kerana:-

  1. LYNAS CORPORATION LTD merupakan syarikat milik penuh Australia (tiada ‘local partner’ diatas kertas) Maksudnya tiada syarikat milik rakyat Malaysia yang akan mendapat keuntungan dengan projek ini.
  2. LYNAS CORPORATION LTD dianugerahkan oleh MITI ‘Strategic Pioneer Status’ – tidak perlu membayar cukai import atau export selama 12 tahun. Maka tiada keuntungan buat Malaysia dari segi cukai korporat yang di kutip. Syarikat LYNAS Corp Ltd akan mendapat US$1.7 billion setahun daripada nilai export rare earth dan Malaysia tidak akan dapat satu sen pun dalam bentuk cukai selama 12 tahun.
  3. Logi pemprosesan rare earth di Gebeng apabila beroperasi hanya akan mengambil 450 orang pekerja (tidak ‘labour intensive’) Kebanyakan pekerja pula akan merupakan tenaga mahir dari luar Negara dan sedikit sahaja bilangan buruh dari tempatan.

Yang ada kesan keatas kita, hanyalah risiko diatas sisa buangan thorium yang mengandungi bahan radioaktif. Malaysia mendapat penghormatan menjadi ‘dumping ground’ atau tapak buangan sisa bahan radioaktif dan rakyat Kuantan menjadi mangsa tak pasal-pasal.

Di seluruh dunia, buat ketika ini, selain di Negara Cina, hanya Negara India yang punyai logi pemprosesan rare earth – itu pun dalam skala yang amat kecil. Malaysia pula merupakan hanya satu-satu Negara di dunia yang akan melibatkan diri dalam pemprosesan rare earth ini di dalam rangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Apabila seluruh dunia sudah punyai kesedaran tentang bahaya rare earth dan menolak untuk memproses bahan ini selama lebih 3 dekad, Malaysia buat keputusan untuk menerima pula?

Tuan Yang di Pertua

Negara Cina memang ada kepentingan untuk memproses ‘rare earth’, kerana mereka sekarang mengawal pasaran dunia didalam industri strategik ini. Malah kilang LYNAS di Negara Cina sebelum ini diarahkan tutup kerana Negara Cina mahu mengawal pasaran dunia. Sekarang ini Negara Cina juga meletakkan embargo keatas ‘rare earth’ ini demi untuk menjaga harga di pasaran dunia dan mengaut keuntungan yang lebih banyak.

Negara Amerika Syarikat dan Canada juga mempunyai deposit ‘rare earth ‘ akan tetapi berhenti melombong bahan ini kerana Negara Cina dapat menghasilkannya dengan lebih murah. Negara Cina yang mempunyai lombong ‘rare earth’ mereka sendiri, mempunyai lebih kurang 30% daripada deposit didunia akan tetapi mengawal 97% dari produk rare earth dalam pasaran. Maka diatas sebab itu mereka ada sebab untuk meneruskan pemprosesannya disana, walaupun logi pemprosesan mereka di Shanghai sungguh-sungguh tidak menepati piawaian Alam Sekitar yang di tetapkan dunia antarabangsa.

  • Malaysia tiada lombong ‘rare earth’ dan Malaysia tidak PERLU untuk proses ‘rare earth’ ini. Seluruh dunia selama 3 dekad sudah pun menolak untuk memproses bahan ini.

Penegasan dari saya ialah Negara Malaysia mahupun Kerajaan Negri Pahang tidak mendapat keuntungan dari jumlah export LYNAS CORP sebanyak US$1.7 billion setahun hasil dari pemprosesan bermula pada penghujung tahun ini.

Apa yang rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan hanya akan dapat ialah sisa buangan yang mengandungi thorium. Satu bahan yang radioaktif serta juga carcinogenic. (boleh menyebabkan cancer)

Yang paling merisaukan ialah, kesan-kesan negatif dari bahan buangan radiaoaktif bukan sahaja akan berlarutan selama satu atau dua tahun – tetapi beribu ribu tahun!!! Ini bermaksud, Cucu kita, cicit kita, dan cucu kepada cicit kita juga boleh manjadi mangsa!

Tuan Yang di Pertua

  • Saya di fahamkan bahawa Malaysian Atomic Energy Licensing Board AELB hanya mengeluarkan lesen kepada LYNAS Corp Ltd untuk bina logi pemprosesan di gebeng Kuantan akan tetapi belum lagi mengeluarkan Lesen untuk beroperasi memproses rare earth. (Memetik Kenyataan Ketua Pengarah AELB)
  • YAB Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa beliau tidak pasti samada logi Lynas di Gebeng sudah mendapat kebenaran beroperasi atau tidak. Timbalan Perdana Menteri juga berkata beliau akui bahawa ada kerisauan rakyat berkenaan pembinaan logi rare earth di Gebemg Kuantan ini.
  • Akan tetapi YAB Perdana Menteri sudah pun membuat kenyataan bahawa semua langkah keselamatan telah di ambil di logi Lynas Gebeng. Mana mungkin YAB PM membuat kenyataan demikian didalam keadaan AELB masih lagi meneliti prosedur keselamatan berkenaan pengurusan sisa buangan di logi Lynas.
  • Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada AELB selain dari laporan dalaman agensi, adakah AELB sudah berusaha mendapatkan laporan dan kajian dari Badan Bebas (Independent Risk Assessment) berkenaan risiko yang akan kita bakal hadapi dan impak daripada bahan sisa buangan yang mengandungi thorium ini. Selama ini apabila saya menuntut satu DEIA dibuat keatas projek ini, pihak Kementerian buat tak tahu juga.

Tuan Yang di Pertua

  • Buat masa ini LYNAS masih belum ada perancangan konkrit berkenaan bagaimana sisa yang mengandungi thorium itu akan diselenggara.

Saya tegaskan disini bahawa apa yang terbaik patut dilakukan oleh AELB ialah hentikan segala niat untuk keluarkan lesen operasi memproses rare earth kepada LYNAS. Logi LYNAS kini masih didalam binaan dan belum bermula operasi sehingga penggal terakhir tahun ini. AELB masih sempat balik ke pangkal jalan dan buat keputusan yang terbaik demi rakyat.

Adakah kita mahu tunggu ada kes seperti di Bukit Merah, ada anak pekerja yg lahir cacat, abnormal, baru kita mahu bertindak? Adakah nyawa dan keselamatan rakyat Kuantan begitu tidak berharga kepada Kerajaan Malaysia?

Pada ketika ini, kebanyakan rakyat Kuantan sudah pun menyedari risiko yang di bawa oleh logi Lynas ini dan sedang bangkit untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Sekiranya selama ini pihak MOSTI, Kerajaan tempatan mahupun LYNAS mampu memperkecilkan isu ini dengan membuat ‘PR exercise’, kini tidak lagi.

Selaku wakil rakyat di Kuantan usaha saya membela keselamatan rakyat Kuantan akan saya teruskan sehinggalah logi pemrosesan LYNAS yang kini dalam binaan di tutup dan kita hantar mereka balik ke Australia. Kalau mereka terdesak sangat mahu memproses rare earth mereka, buat lah logi pemprosesan di Negara mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu, saya gesa sekali lagi, AELB, untuk hentikan serta merta segala usaha yang menjurus kepada pengeluaran lesen kepada LYNAS untuk beroperasi. Malah pada saya isu ini tidak seharusnya timbul untuk dibahaskan kerana Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah awal-awal lagi menolak projek yang tidak mendatangkan manfaat serta tidak membawa keuntungan serta faedah didalam semua aspek kepada Negara ini

Latar belakang maklumat Pemprosesan bahan yang sama di Malaysia sebelum ini

  1. November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Sisa buangan yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
  2. Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.
  3. 24 Mei 1985: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. Pelbagai tunjuk perasaan telah diadakan oleh masyarakat setempat sebagai membantah tindakan kerajaan ini. Kemudian pada 19 September 1985, sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
  4. 11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudian Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
  5. Kemudian pada 19 Januari 1994 ARE telah memberhentikan operasinya.

Tuesday, March 8, 2011

ULAMA: ANTARA KERDAU DAN KERBAU

Gambar: Tuanguru Nik Aziz tidak dibenarkan menyampaikan khutbah di Masjid Rumpun Makmur atas permintaan penduduk. Namun penduduk berjaya minta Tuanguru membacakan doa dan memberi Tazkiran ringkas selepas solat Jumaat

Jabatan agama Islam Pahang (JAIP) telah menyusun seluruh kakitangannya untuk berkampung di masjid sekitar Kerdau. Selama ini mereka hanya mengurus surau dan masjid melalui remote control.. kini mereka turun dlm gerombolan yg besar laksana kerbau yg dihalau ke kubang.

Habis pilihanraya semua kaki tangan JAIP akan kembali semula ke pejabat laksana kerbau kembali ke kandang, dan remote control akan digunakan kembali.

Alangkah baiknya jika sekiranya mereka turun dengan penuh keikhlasan tanpa mengira waktu.. bukan bermusim. Masyarakat dahagakan ilmu... Dikebanyakkan surau dan masjid kami dari PAS tak dibenarkan untuk berkuliah. Kebanyakan Surau masjid di Kerdau.. sepi dengan majlis ilmu. Rakyat terus berada dalam kejahilan.

Perayu undi kita melaporkan, ada dikalangan masyarakat bila didekati, belum kita berbicara mereka pantas berkata.. "Masuk neraka pun tak pe.. Makcik tak kisah"

Di UPU Kuala Tekal, golongan Syed terus mempertahankan Kasta secara membabi buta... sehinggakan tanah perkuburan pun berasingan. Bukan Syed berada dikelas bawahan... Ini bukan dari ajaran Islam. Tiada perbezaan sama ada hamba atau merdeka melainkan dengan TAKWA. Kita bukan menghina golongan Syed. Cuma kefahaman Islam dan darjat mesti dimurnikan kembali.

Rupanya golongan agama kini hanya mampu mengikut telunjuk orang politik. Pantas bertindak bila org politik bising soal aktiviti kuliah namun menjadi lembab bila ahli Qaryah melaporkan penyelewangan tabung masjid.

Buat golongan agama... ada masanya anda mesti tinggalkan kerusi empuk dan bilik berhawa dingin buat sementara. Bergelumanglah dengan masyarakat yg tenggelam dalam kejahilan. Nyataka Islam yg sebenar. Jangan sembunyikan kebenaran.

Firman Allah yang bermaksud

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu di laknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk (Al Baqarah:159).

Monday, March 7, 2011

TERIMA KASIH BUAT SEMUA...

Firman Allah yg bermaksud....
"Dan janganlah kamu lemah(hilang semangat) dalam menentang musuh itu;kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan dari ALLLAH apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang pada hari akhirat kelak) Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. An-Nisa:104

Salam Perjuangan... Kalah menang adat bertading... namun dalam kamus perjuangan Islam.. tiada erti tewas atau kalah. Kita tetap dipihak yang menang di sisi Allah. Saya penuh optimis pertempuran kita di Kerdau tak akan memadamkan semangat kita untuk terus berjuang.


Saya melihat dalam PRK ini .. Pahang tidak kurang tenaga muda yang istiqamah.. Permata yg muncul dicelah cawangan PAS ini mesti digilap untuk menjulang panji di Islam di masa depan. Fokus kita kini ialah PRU 13. Saya yakin.. banyak yg kita pelajari dalam PRK ini. Gunakan untuk PRU akan datang. Terus mendekati remaja dan anak muda sebagaimana kita buat dalam PRK ini.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang saya ucapkan terima kasih kepada seluruh jentera pemuda tempatan dan seluruh negara yg turun berkampung di Kerdau.. KALAH bukan bererti SALAH. Lawan tetap lawan.. Lawan sampai menang.. syahid menjadi idaman...
Sekian