Pengikut

Monday, May 31, 2010

Bantahan judi di Pahang

Ucapan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, (Naib Presiden PAS @ Pesuruhjaya PAS Pahang)

Para hadirin yang berkumpul sekitar 200 orang

Hanya 6 orang sahaja dibenarkan naik menyerahkan memorandum kepada MB. Dari Kanan Sdr Hashim (Tim. Ketua Penerangan PAS Pahang), Hj Zahari Mamat (AJK BP PKR Pahang), Ust Suhaimi Saad (Ketua DPP Pas Pahang) Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS @ Pesuruhjaya PAS Pahang) YB Chong Siew On (ADUN Tras @ Setiausaha DAP Pahang) Mr Ram Ponnosamy (Timbalan Pengerusi PKR Pahang)

Memorandum diterima oleh Dato Samsuddin Nawawi (Setiausaha Politik MB) mewakili MB Pahang

Selepas Penyerahan memo ada satu lagi agenda yang mesti diselesaikan...... Sebar Risalah bantah Judi bola

Risalah diedarkan kepada petugas untuk disebar di bandar Kuantan.

Dato Tuan Ibrahim tuan Man mengetuai sebaran risalah bantah Judi Bola sepak.

Nota: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat termasuklah pimpinan dan ahli PAS, PKR dan DAP dan tak lupa juga kepada Para Wartawan Harakah, Sinar Harian, Malaysiakini, China Press dan Sen Chew.Juga pada Pasukan keselamatan yang turut membantu

Lagi berita Memo ke MB

http://fadhlibrahim.blogspot.com

http://tuanibrahim.blogspot.com
http://pahangdaily.blogspot.com

Wednesday, May 26, 2010

Monday, May 17, 2010

SLOGAN BARU UMNO: YAHUDI, JUDI DAN TODI


Lengkap sudah slogan UMNO apabla ketiga-tiga elemen 3D bersatu. Sebelum ini berbuih mulut pemimpin UMNO menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Hari ini UMNO menjadi kuda tunggangan Yahudi, kuda tunggangan taukeh judi dan kuda tunggangan syarikat todi.

Sepanjang Dato Seri Najib menjadi menteri kewangan sudah dua pengumuman lesen perjudian baru diluluskan. Pada saad seluruh pemimpin non muslim PKR dan DAP menentang habis habisan perjudian yang diluluskan oleh kerajaan. Yang peliknya ada lagi mangkuk hayun yang menyokong UMNO walaupun lesen perjudian diluluskan.

Saya nak mintak blogger UMNO yang menerjah masuk dalam blog ini menghamburkan perbagai tohmahan pada PR dalam ruangan komen sila nyatakan pendirian anda atas isu ini.

Wednesday, May 12, 2010

Berita gembira untuk pengundi UMNO/BN

BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.


Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.


Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.


BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya. Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

KARPAL AJAR SAIFUL MANDI JUNUB

Membaca transkrip perbicaraan liwat Anwar, saya ketawa sendirian.

Lawak 1

Saful mendedahkan dia sembahyang Jumaat tanpa mandi junub selepas beliau dakwa diliwat.

Maka Karpal Singh mencelah mengatakan sembahnyang Jumaatnya tak sah kerana tak mandi Junub.

Lawak 2

Dalam Perbicaraan itu Karpal Singh membaca laporan Pusrawi dan HKL. Laporan Doktor Pusrawi dan HKL mengesahkan tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan dianus Saiful. Maka Saiful menjawab

"Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi.. saya tak pasti..."

(ulasan : hanya kemaluan bersaiz lidi sahaja yang tidak akan menyebabkan kecederaan dan penemuan kemasukan di anus. Satu lagi, masa bila pulak sempat sapu pelincir kalau perlakuan itu dibuat tanpa kerelaannya.

Lawak 3

Satu lagi terbongkar apabila percanggahan fakta. Saiful mendakwa dia diliwat tanpa relanya. Namun pertuduhan yang dikenakan ke atas Dato Seri Anwar persetubuhan luar tabi'i itu dilakukan dengan kerelaan kedua dua belah pihak.

Ini bermakna kalau sekiranya Dato Seri Anwar dikenakan 20 tahun dan sebatan (namun Dato seri Anwar akan terlepas dari sebatan atas faktor melebihi 60 tahun) bermakna Saiful juga akan dikenakan penjara 20 tahun dan sebatan.

Kita tengok apa akan terjadi. Mungkihkah pertuduhan keatas Dato seri Anwar juga akan diubah sebagaimana kes liwat versi 1.

Tunggu...


ulasan: Sesiapa yang berminat nak masuk raja lawak musim depan akutilah perbicaraan ini dan ambil lawak tu untuk slot lawak anda akan datang.

Tuesday, May 11, 2010

Persoalan sekitar keneutralan Sultan: Abd Aziz Bari


Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Kamalanathan di Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Baru. Bukankah ini isu politik kepartian yang dibawa oleh BN ke masjid.

Sumber : Malaysiakini

Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.

Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”

Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.

Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”

Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”

“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.

Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.

Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”

Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.

Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”

Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.

Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”

“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.

Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”

Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.

“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”

“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.

Bukan hasutan

Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”

“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.

Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.

“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,

Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”

Sumber: Malaysiakini