Friday, January 29, 2010

2 MALAM DI PUTRA BALOK

Jom gi ramai ramai. Sebarkan pada sanak saudara, jiran dan rakan taulan. Klik pada gambar

Wednesday, January 20, 2010

PENJELASAN 2 TUANGURU


VCD Penjelasan 2 tuanguru terhadap isu penggunaan kalimah Allah. Maklumat lanjut klik di sini

Soal Jawab Mengenai Sikap PAS Terhadap Isu Nama Allah

Soal jawab ini saya dapat dari blog Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

1. Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?

Penganut Agama Kritian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi. Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:
“Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah”.

Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan “trinity”, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.

2. Apabila PAS tidak menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?

PAS menolak konsep tuhan “trinity”(Tuhan 3 dalam satu) sebab asas Islam adalah Allah yang Maha Esa. Malah jika orang Islam beraqidahkan Allah “trinity” maka mereka terkeluar daripada Islam. PAS juga menolak aqidah tuhan selain Allah S.W.T. Tapi PAS tidak menghalang orang Kristian berfahaman tuhan “trinity” sebab itulah kebebasan beragama yang dianjurkan oleh orang Islam. Islam tidak boleh memaksakan aqidah Islam kepada mereka yang bukan Islam. Islam menegaskankan : “Tidak ada paksaan dalam agama”


3. Apakah PAS menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan untuk menghalang pengunaan nama Allah dalam akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly?

Itu adalah hak KDN sebab gereja Katolitk Malaysia telah memohan mahkamah membuat semakkan penghakiman terhadap keputusan kabinet. Tentulah kabinet ada asas dan pertimbangan mereka semasa meluluskan undang-undang melarang pengunaan nama Allah. Oleh kerana mahkamah telah membuat keputusan yang bercanggah maka hak merekalah untuk mempertahankannya.

PAS menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. PAS tiada berniat untuk mencampuri urusan mahkamah. Kita bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan di keluarkan.

4. Apakah PAS tidak kuatir nama Allah ini akan mengelirukan orang Islam di Malaysia khususnya anak muda ?

PAS sangat kuatir dengan kehidupan bebas tanpa peganggan agama khususnya anak muda beragama Islam di Malaysia kerana aqidah mereka yang lemah. Faktor utama kelemahan aqidah bukanlah disebabkan oleh dakwah agama lain tetapi disebabkan pendidikan, persekitaran, keluarga, masyarakat dan negara yang tidak menekankan persoalan aqidah.
Orang Islam yang murtad adalah mereka yang lemah aqidah islamnya bukan orang yang kuat pegangangan agama mereka. Tidak ada orang islam yang kuat pegangan agama dan kefahaman agamanya yang jatuh murtad. Tak pernah kita dengar ulama besar yang murtad. Tetapi adalah biasa kita dengar paderi Kristian yang masuk Islam.

Selain itu Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menyatakan :
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam”
Perkara 11(4) ini menghalang mana-mana agama menyampaikan aqidah mereka kepada umat Islam di Malaysia. Ini merupakan perlindungan Perlembagaan Malaysia terhadap Islam dan umat Islam.

5. Mengapa PAS tidak bersama dalam demontrasi yang dilaksanakan oleh NGO ? Mengapa PAS tidak mengambil pendekatan demontrasi seperti BERSIH, PPSMI dan ISA ?

Persoalan nama Allah adalah persoalan yang komplek dan mudah membangkitkan sentimen antara agama. Persoalan nama Allah ini bukan seperti isu pilihanraya BERSIH, PPSMI atau ISA. Persoalan nama Allah perlu diurus dengan cara yang cukup tertib. Jika PAS menggunakan konsep yang sama seperti BERSIH, PPSMI dan ISA maka PAS sangat kuatir pergaduhan agama akan tercetus. Bayangkan apa yang akan terjadi jika 100 ribu orang berkumpul di Istana Negara dengan penuh sentimen membenci orang Kristian. Kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Maka ramailah pemimpin PAS yang akan dimasukkan dalam ISA. Mahkamah sedang mendengar rayuan. Biarkan mereka membuat keputusan. PAS berpendapat dalam isu yang sensitif seperti nama Allah ini maka keadah dialoglah yang lebih sesuai.


6. Apakah sikap PAS terhadap NGO yang mengambil sikap berbeza dengan PAS ?

PAS menyokong Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang selaras dengan Islam iaitu memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka ada hujah dan pendekatan mereka. Kita hormati pandangan mereka. Dalam negara majmuk seperti Malaysia kecerdikan menguruskan perbezaan pendapat adalah menjadi ciri utama sebagai pemimpin negara ini. Kita boleh sama bersetuju pada apa yang kita setujui bersama. Kita juga mesti boleh bersetuju dalam apa juga perkara yang kita tidak setujui bersama. Inilah konsep Islam. Asasnya adalah ilmu bukannya emosi dan sentiment.

7. Apakah PAS mengambil pendekatan yang sederhana semata-mata untuk tujuan mendapat kuasa memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang dengan memperjudikan Islam?

PAS yang dipimpin oleh para ulama tidak boleh menyembunyikan keterbukaan Islam terhadap penggunaan nama Allah. Apa yang Islam kata itulah yang kita tampilkan sesuai dengan suasana negara kita. Dalam hal sokongan rakyat kita hanya berserah kepada Allah setelah kita menjelaskan kedudukan agama Allah ditempat yang benar. Jika Allah izinkan PAS menang maka memerintahlah kita. Jika Allah tidak izinkan lagi memerintah Malaysia maka bersabarlah kita.

8. Apa sikap PAS terhadap pembakaran gereja ?

PAS tidak pernah sama sekali bersetuju dengan pembakaran gereja. Bukti jelas semasa berperang pun Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak yang berlindung dalam rumah ibadah apatah lagi di waktu aman seperti dalam negara kita sekarang. PAS menghormati orang bukan Islam dan rumah-rumah ibadah mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran pimpinan PAS ke gereja yang telah dibakar tempohari.

9. Pada pandangan PAS apakah ada udang disebalik batu apabila media arus perdana membangkitkan isu nama Allah ?

Pada pandangan PAS, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersama para pemikirnya sedang mencipta krisis nama Allah di dalam negara setelah mereka dilanda pelbagai krisis yang tidak menguntungkan mereka. Bermula dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008, kritikan Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan dalam banyak pilihanraya kecil, krisis dalaman BN, kes kematian Al-Tantuya, Isu PKFZ, rampasan kuasa di Perak, Isu GST, kenaikan harga barang, PPSMI, ISA, kemerosotan rizeb negara, kematian Teo Beng Hock dan isu paling sensasi adalah kehilangan 2 buah enjin jet F-5E kapal pejuang TUDM.

Krisis yang dicetuskan mampu mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar yang melanda kerajaan BN. Apakah munasabah UMNO berteriak dengan isu nama Allah sedangkan mereka yang mahu menggugurkan nama Islam daripada pertubuhan pada tahun 1994 dahulu. Apakah munasabahnya UMNO mempertahankan aqidah umat Islam jika undang-undang murtad seperti digariskan oleh Al-Quran tidak dilaksanakan.

Krisis nama Allah yang dicipta ini bukannya ada udang disebalik batu tetapi ada enjen jet F-5E dan Altantuya disebalik Dato Seri Najib Tun Razak.Oleh itu janganlah kita terperangkap

Thursday, January 14, 2010

Angota Polis bukan Islam dilarang pakai topi PDRM??


Mungkin mufti-mufti tertentu akan keluarkan fatwa, bukan Islam di larang pakai topi rasmi Polis Diraja Malaysia kerana mengandungi kalimah Allah.

Mungkin juga demonstrasi akan dianjurkan besar-besaran atas isu topi PDRM yang dipakai oleh bukan Islam

Mungkin Demonstrasi tersebut turut membantah penggunaan senikata lagu negeri yang mengandungi kalimah Allah kerana dibimbangi turut dinyanyikan oleh bukan Islam di sekolah dan majlis rasmi kerajaan negeri. Fikir-fikirkan

Lagu kebangsaan negeri-negeri akan diharamkan??

Kebanyakan lagu negeri-negeri mengandungi kalimah ALLAH. Saya lampirkan senikata lagu-lagu negeri.

Nanti akan ada pula gerakan supaya lagu ini tak dinyanyikan di sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan atau di mana-mana majlis rasmi kerajaan negeri kerana dibimbangi orang bukan Islam juga akan turut nyanyikan dan akan menyebut perkataan Allah.

Atau kena ubah lirik lagu itu dengan membuang perkataan Allah supaya bukan Islam boleh menyanyi tanpa was-was. Fikir-fikirkanlah

Lagu Kebangsaan Negeri Pahang:
"Ya AllahYang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

Lagu Kebangsaan Negeri Terengganu
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Lagu Kebangsaan Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Lagu kebangsaan Negeri Perak
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

Lagu Kebangsaan Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lagu Kebangsaan Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata

Lagu Kebangsaan Negeri Kelantan

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

Friday, January 8, 2010

CERITA SEBENAR DISEBALIK TERBUNUHNYA 7 AGEN CIA

Identiti pengebom berani mati yang membunuh tujuh agen CIA di markas CIA di Afganistan sudah diketahui. Wira itu adalah anggota Al Qaeda menyusup sebagai agen CIA
Menurut laporan The New York Times Dr Humam Khalil Abu-Mulal al-Balawi, berumur 36 tahun dipandang sebagai informer CIA terbaik dalam beberapa tahun ini.
NBC News Amerika mengatakan pihak kerajaan Jordan menangkap al-Balawi lebih setahun lalu dan kemudian merekrutnya untuk menyusup ke dalam al-Qaida, dengan keyakinan bahwa dia sudah berhasil disedarkan untuk mendukung usaha Amerika dan jordan nentangm al-Qaida
Humam kemudian dibawa masuk ke Afganistan dengan misi khusus untuk mencari dan bertemu pimpinan Al Qaeda, Ayman Al Zawahiri. Dia boleh keluar masuk ke markas ke CIA di Afganistan dibawah seliaan kapten perisikan Jordan bernama Ali bin Zeid. Ali turut terbunuh dalam serangan itu bersama 7 anggota CIA tersebut.
Pejabat inteligen itu mengatakan bahwa Humam telah menghubungi Ali bin Zaed dan ingin bertemu team CIA di pangkalan di Khost, Afganistan. Humam mengaku memiliki informasi penting tentang Zawahiri.
Pemboman Rabu lalu di pangkalan CIA di propinsi Khost, Afghanistan, membunuhm tujuh petugas CIA dan seorang petugas intelijen Jordan
Serangan bom itu merupakan serangan kedua terbesar yang memakan korban besar di kalangan perisikan AS dibandingkan serangan-serangan lainnya sejak AS ke Afghanistan. Pada 1983, 8 agen CIA tewas dalam ledakan bom di Kedubes AS di Beirut 1983. Allahu Akhbar