Friday, December 31, 2010

Menyantuni mangsa banjir - Sg Karang Darat

Khamis (30 Dis 10) Terima panggilan dar Sheikh Azlan (AMAL) kawasan Sg Karang Pantai, Seberang Balok, Pelindung Perdana dan kawasan sekitarnya dinaiki air. Dari Terengganu selepas selesaikan beberapa urusan jam 12 tengahari saya terus pecut untuk balik ke Balok. Di Kuala Kuala Terengganu cuaca cerah. Saya memasuki zon hujan sebaik sahaja melintasi Bukit Besi. Jam 4 ptg saya sampai di lokasi penyerahan sumbangan banjir.

Mengambil maklumat dari anggota AMAL.

Saudara Nasrun Amir (YDP Indera Mahkita) Andan Sura (Ketua Penerangan Indera Mahkota) dan anggota unit Amal dah selesai bahagikan sebahagian dari sumbangan.



Lebih daripada 30 buah rumah telah disantuni semalam. Hari ini dan besok operasi membantu akan diteruskan, makanan dan tenaga untuk bersih rumah. Oleh itu sumbangan anda sangat diperlukan.
No Akaun Bank Islam 0601 9010 077387 Pusat Khidmat Dun Beserah.
Anda yang tak dapat menyumbang dalam bentuk wang dan tenaga, harap dapat war warkan kepada rakan rakan Blog, FB dan segala bentuk media yang ada.