Saturday, December 4, 2010

KETUAN MELAYU @ KETUANAN PEMIMPIN MELAYU UMNO

Hadiah menjelang tahun baru telah diumumkan. Ron 95 naik 5 sen menjadi RM 1.90, gula naik 20 sen menjadi RM 2.10. Sebagaimana biasa, alasan bodoh akan digunakan, segala kenaikan masih rendah berbanding negara jiran.

Sinar harian hari ini memaparkan harga Ron 95 bagi Singapuran dan Thailand RM 4.36 dan RM 4.25. Jangan rasa lega bila melihat perbandingan ini. Ini adalah isyarat kerajaan berhak naikkan lagi sehingga Ron 95 menjadi RM 3.50 atau RM 4.00 sebab ia masih murah kalau nak dibandingkan dengan Singapura dan Thailand.

Begitu juga dengan gula, disiarkan harga gula ialah RM 3.50 dan RM 3.80 bagi Indonesia dan Singapura, bermakna potensi gula akan naik hingga mencecah RM 3.00 sebab bagi kerajaan ia masih murah berbanding negara jiran.

Golongan yang memperjuangankan "Ketuanan Melayu" akan terus mendiamkan diri sebab mereka tetap yakin rakyat akan kenyang dengan slogan "Melayu menjadi tuan". Biarlah orang Melayu merempat dan melarat dengan kenaikan ini, yang penting pemimpin pemimpin Melayu terus kenyang menipu rakyat.

Golongan ini menamakan perjuangan mereka untuk mempertahankan ketuanan Melayu. Sebenarnya mempertahankan "ketuanan pemimpin Melayu" untuk pemimpin melayu ini terus merompak harta rakyat.