Friday, February 12, 2010

LAWATAN DEWAN HARIAN BPPNP KE PEKAN

Lawatan ini sempena Mesyuarat bulanan Dewan Harian PAS Pahang. Bermula dengan lawatan

9 am.
Solat jenazah ahli PAS. Meninggal kerana sakit tua.

11. am
Kami di bawa oleh PAS kawasan Pekan ke penempatan rumah panjang di Sungai Miang. Rombongan kami disambut dengan baik. Namun ada yg masih takut takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat. Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 Ekar

Peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas mata memandang

Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 km. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan.
Bukan main terkejut kami...?

Kawasan penempatan banglow yang disediakan oleh Najib untuk pengundi importnya. Orang orang kedah khususnya dari langkawi dibawa masuk ke Sungai Miang 7 tahun yang lalu kini memperolehi banglow. Waw..!
Ruginya jadi warga Pekan. Orang pekan hanya sekadar dapat rm200 ke rm300. Orang luar dapat tanah dan dapat banglow.