Tuesday, April 29, 2008

2 Tuan Syed di Pahang

Tsunami politik yang melanda negeri Pantai Barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor nampaknya tak melanda Pahang. Di Pahang PAS memenangi 2 kerusi DUN (Kuala Semantan dan Beserah), DAP 2 kerusi DUN (Triang dan Teras) dan PKR 2 Kerusi Parlimen (Kuantan dan Indera Mahkota). Hanya di Bandar sahaja terasa sikit gelombangnya terutama bagi Bandar Kuantan dan bandar TemerlohYB Syed Abd Hamid Syed Muhamad (Kuala Semantan) turun padang mendengar keluhan rakyat di Pansapuri Plaza Temerloh baru-baru ini.

Walau apapun semua kerusi Pakatan Rakyat di Pahang seharusnya dibantu dan didokong oleh semua rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan

Segalanya tergalas atas bahu Wakil Rakyat PR dan kita juga seharusnya turut menggalas tanggung jawab ini. Khidmat cemerlang Wakil Rakyat PR akan menjadi penentu masa depan PR di negeri Pahang

Bagi PAS kedua-dua wakil rakyatnya adalah Syed. Kuala Semantan diwakili oleh Syed Abd Hamid Syed Mohammad manakala Beserah diwakili Syed Mohammad b. Tuan Lonik.

YB Syed Mohamad b. Tuan Lonik (Beserah) mengunjungi warga emas Mohamad bin Kasim di bangsal buruk yang menjadi kediamannya. YB Mohamad membawa Mohamad bin Kasim ke Klinik untuk Pemeriksaan Kesihatan kemudian berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Friday, April 25, 2008

UMNO dan KERBAU..

UTUSAN MALAYSIA - 24 APRIL 2008
Kerbau mengamuk ditembak 17 das

PASIR PUTEH 23 April – Seekor kerbau jantan yang mengamuk selama hampir tiga jam di bandar ini hanya dapat ditumbangkan selepas ditembak sebanyak 17 kali.
Kerbau berusia tiga tahun itu mengamuk semalam setelah tali pengikatnya terputus kira-kira pukul 4.30 petang.
Sebelum itu, kerbau berkenaan kalah ketika berlaga dengan seekor kerbau lain di Kampung Baru berhampiran bandar ini. (Utusan Malaysia muka hadapan)


Saya teringat ceramah Ust Azizan Razak di Stadium Negeri Perak baru-baru ni, katanya, UMNO laksana kerbau. Kerbau bila dihalau keluar dari petak sawah, sambil kerbau itu keluar sempat lagi meragut makan pokok padi. Itulah UMNO apabila diisytiharkan kalah dan perlu mengosongkan pejabat pentadbiran, mereka seumpama kerbau, sempat lagi meragut carpet, penghawa dingin, barang hiasan pejabat dan sebagainya.

Utusan hari ini pula memaparkan berita seekor kerbau yang kalah berlaga, mengamuk tak tentu hala. itulah UMNO sekarang ni... Kalah di beberapa negeri... mangamuk laksana orang gila.

Kerbau itu akhirnya tumbang setelah terkena 17 das tembakan... Itulah UMNO yang akan tumbang apabila 30 kerusi memihak kepada pakatan rakyat..




Wednesday, April 23, 2008

CERAMAH KG UBAI DIGANGGU ORANG UTAN

Al-hamdulillah, semalam kami berjaya menembusi kubu UMNO di Parlimen Kuantan. DUN Inderapura yang berada dalam parlimen kuantan ini hanya tewas 873 sahaja. Peti undi Kg Ubai merupakan peti undi yang menyelamatkan calon UMNO di sini. Kedudukannya bersebelahan dengan parlimen Pekan.

KEKECOHAN SEMASA BANJIR MELANDA KUANTAN

Untuk pengetahuan pembaca, inilah juga kampung yang JKKKnya menghalang Ust Nasruddin Tantawi dari menyampaikan bantuan makanan ketika banjir awal tahun ini beberapa hari selepas Aidil Adha. Mereka lebih rela melihat penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir kebuluran dari menerima makanan dari PAS. Atas kebijaksanaan Ust Nasruddin Tantawi dan Unit Amal Kuantan, Ketupat dan rendang berjaya juga sampai pada mangsa banjir di situ.

MALAM CERAMAH KECOH LAGI

Malam itu saya mempengerusikan ceramah 2 tokoh iaitu YB Hj Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena/ Ketua Penerangan PAS Pusat) dan YB Syed Abd Hamid Syed Mohammad (ADUN Kuala Semantan.


Tali yang pasang keliling kawasan lapang untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat meletakkan kenderaan

Sebelum ceramah JKKK kampung telah merentang tali mengepung kawasan tanah wakaf milik Majlis agama Islam Pahang supaya hadirin sukar untuk meletakkan kenderaan. Itulah satu-satunya kawasan lapang yang boleh menyelesaikan kesesakan kenderaan ke tempat ceramah.

Oleh kerana kawasan itu milik Majlis Agama Islam Pahang. Kami merasakan tiada halangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat paking supaya limpahan kereta tak mengganggu ketenteraman penduduk kampung tersebut. Kalau kawasan itu tak dibenarkan untuk digunakan, hanya Majlis Agama Islam Pahang sahaja berotoriti untuk menghalang. Sehingga ceramah berlangsung kami tak menerima apa-apa arahan tidak membenarkan kawasan itu digunakan.

Maka kami mengambil keputusan untuk mencabut segala halangan bagi memudahkan kenderaan parking.

Rupa-rupanya semasa ceramah berlangsung salah seorang JKKK telah bertindak kasar menghalang kawasan itu untuk dijadikan kawasan paking. Pertengkaran berlaku hampir mencetuskan pergaduhan tetapi Unit Amal bertindak Profesional atas provokasi ini.

Kelihatan lelaki berkain pelikat dipercayai orang kuat UMNO sedang memarahi penyokong Pakatan Rakyat yang meletkkan kenderaan di situ

Juru kamera yang merakamkan aksi itu hampir hampir dipukul, Inilah UMNO... betullah sebagaimana telahan tok Guru "kita berhadapan dengan ORANG UTAN yang tak mempedulikan undang-undang

Walaubagaimanapun ceramah berjaya dilangsungkan dengan baik lebih daripada 1000 orang hadir ke situ.

Sunday, April 20, 2008

AIR OH.! AIR ...

1. TERENGGANU. Dato Ahmad Said, MB Terengganu mengumumkan caj sewa meter 0.80 sen sebulan dimansuhkan..


2. PAHANG. Caj sewa meter di Pahang bagi permis perniagaan RM 5.00 sebulan, manakala bagi permis kediaman RM 1.00 sebulan


3. SELANGOR. Tan Sri Khalid mengumumkan bekalan air sebanyak 20 liter padu percuma mulai 1 Jun. (dalam lingkungan RM 11.50.


Anda bagaimana? Nak macam TERENGGANU @ PAHANG @ SELANGOR

Sunday, April 13, 2008

KRONOLOGI ISU BABI DI SELANGOR

1. Pengumuman projek penternakan babi secara moden dan berpusat bernilai 100 juta mengejutkan semua pihak. Isu ini hendaklah dilihat secara rasional bukan emosional.

2. Dr Karim Mansor (ADUN BN Tanjung Sepat) mengambil kesempatan atas kemarahan penduduk setempat. Beliau dilihat berada dalam demonstrasi kecil itu. Turut tumpang semangkuk ialah Mohd Tarmudi Tusiran Ketua Kampung Ladang Tumbuk.

Gambar 1: Dr Karim Mansor, Gambar 2: Dr Karim Mansor dilihat turut bersama dalam demonstrasi penduduk, Gambar 3: Tarmudi Tusiran Ketua Kampung Ladang Tumbuk membawa wartawan utusan meninjau pencemaran najis babi.

3. Tan Sri Khalid bertindak profesional. Beliau mengumumkan projek ini telah diluluskan pada zaman pemerintahan Khir Toyo. Kerajaan negeri pimpinan beliau berpandangan projek ini baik kerana dapat selesaikan masalah pencemaran yang berpunca dari ladang babi yang diternak secara tradisional. Maka kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid mengambil keputusan untuk teruskan

4. Khir Toyo menafikan kerajaannya dulu meluluskan projek ternak babi ini.

5. Tan Sri Khalid mendedahkan dokumen kelulusan projek ternakan babi moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangorpada 30 Januari 2008 lalu, (MB masa tu Khir Toyo) mesyuarat telah mengambil Kertas EXCO-MTES No : 9/2/2008 dan mengambil keputusan untuk menimbang dan meluluskan pengambilan tanah seluas 337.09 ekar di Mukim Batu, Kuala Langat untuk tujuan Modern Pig Farming di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta PengambilanBalik Tanah 1960

6. Khir Toyo Kantoi. Akhirnya terpaksa mengaku memang kerajaannya meluluskan projek ini. Beliau berhelah kononnya pada zaman dia menjadi MB projek ini diluluskan dalam skala kecil. Beliau mempersoalkan perbelanjaan 100 juta

7. Segala-galanya terbongkar apabila akhbar Sun (15 April 2008)memetik pengakuan Lee Chong Meng, Bekas ahli Parlimen Bukit Bintang yang juga pengerusi pertanian Tradisional MCA.

PETIKAN ARTIKEL AKHBAR SUN
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa berhubung projek penternakan babi 100 juta itu, Dr Karim Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) dengan sebuah syarikat Bumiputera.
Menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Dr Karim Mansor!

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Dr Karim Mansor (Wakil Rakyat BN Tg Sepat, Bekas SETPOL Khir Toyo) dan Tarmudi Tusiran (Ketua Kg Ladang Tumbuk) mempunyai kepentingan dalam syarikat bumiputra ini

Sebab itulah akhir 2007 Dr Karim Mansor dan Tarmudi telah diterbangkan ke Jerman untuk meninjau Projek ternakan Babi secara moden

Syarikat bumiputera itu akan dapat Levi RM50 bagi seekor babi. (Nota: RM 50 x 250,000 ekor babi = 12.5 juta)

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Dr Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Sekali lagi Khir Toyo Kantoi. Turut sama kantoi ialah Dr Karim Mansor (ADUN BN Tanjung Sepat) dan Tarmudi Tusiran (Ketua Kampung Ladang Tumbuk)

Gambar : Dr Karim Mansor ketika melawat Ladang Babi Moden di Jerman. mengangkat tangan tanda setuju dengan cara ternakan babi secara moden. Kenapa sekarang beliau tak setuju pulak?

8. Kenyataan Mufti Selangor dan Perlis



MUFTI SELANGOR - SS Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid

Jika matlamat kerajaan Selangor untuk keperluan orang yang bukan Islam, Umat Islam tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ia adalah kepentingan bagi mereka. Masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut

MUFTI PERLIS - SS Dr Mohd Asri Zainol Abidin

Jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku