Wednesday, April 23, 2008

CERAMAH KG UBAI DIGANGGU ORANG UTAN

Al-hamdulillah, semalam kami berjaya menembusi kubu UMNO di Parlimen Kuantan. DUN Inderapura yang berada dalam parlimen kuantan ini hanya tewas 873 sahaja. Peti undi Kg Ubai merupakan peti undi yang menyelamatkan calon UMNO di sini. Kedudukannya bersebelahan dengan parlimen Pekan.

KEKECOHAN SEMASA BANJIR MELANDA KUANTAN

Untuk pengetahuan pembaca, inilah juga kampung yang JKKKnya menghalang Ust Nasruddin Tantawi dari menyampaikan bantuan makanan ketika banjir awal tahun ini beberapa hari selepas Aidil Adha. Mereka lebih rela melihat penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir kebuluran dari menerima makanan dari PAS. Atas kebijaksanaan Ust Nasruddin Tantawi dan Unit Amal Kuantan, Ketupat dan rendang berjaya juga sampai pada mangsa banjir di situ.

MALAM CERAMAH KECOH LAGI

Malam itu saya mempengerusikan ceramah 2 tokoh iaitu YB Hj Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena/ Ketua Penerangan PAS Pusat) dan YB Syed Abd Hamid Syed Mohammad (ADUN Kuala Semantan.


Tali yang pasang keliling kawasan lapang untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat meletakkan kenderaan

Sebelum ceramah JKKK kampung telah merentang tali mengepung kawasan tanah wakaf milik Majlis agama Islam Pahang supaya hadirin sukar untuk meletakkan kenderaan. Itulah satu-satunya kawasan lapang yang boleh menyelesaikan kesesakan kenderaan ke tempat ceramah.

Oleh kerana kawasan itu milik Majlis Agama Islam Pahang. Kami merasakan tiada halangan untuk menjadikan kawasan itu sebagai tempat paking supaya limpahan kereta tak mengganggu ketenteraman penduduk kampung tersebut. Kalau kawasan itu tak dibenarkan untuk digunakan, hanya Majlis Agama Islam Pahang sahaja berotoriti untuk menghalang. Sehingga ceramah berlangsung kami tak menerima apa-apa arahan tidak membenarkan kawasan itu digunakan.

Maka kami mengambil keputusan untuk mencabut segala halangan bagi memudahkan kenderaan parking.

Rupa-rupanya semasa ceramah berlangsung salah seorang JKKK telah bertindak kasar menghalang kawasan itu untuk dijadikan kawasan paking. Pertengkaran berlaku hampir mencetuskan pergaduhan tetapi Unit Amal bertindak Profesional atas provokasi ini.

Kelihatan lelaki berkain pelikat dipercayai orang kuat UMNO sedang memarahi penyokong Pakatan Rakyat yang meletkkan kenderaan di situ

Juru kamera yang merakamkan aksi itu hampir hampir dipukul, Inilah UMNO... betullah sebagaimana telahan tok Guru "kita berhadapan dengan ORANG UTAN yang tak mempedulikan undang-undang

Walaubagaimanapun ceramah berjaya dilangsungkan dengan baik lebih daripada 1000 orang hadir ke situ.