Pengikut

Wednesday, December 17, 2014

KEMBARA ACHEH 2014 SIRI 2 - Bot Atas Rumah







Bot nelayan ini berukuran 18 meter panjang dan diperbuat daripada kayu. Ketika tsunami, air deras telah menghanyutkan bot yang pada asalnya berada di tepian laut, ke kawasan kampung Lampulo, dan dengan izin Allah, bot ini telah menyelamatkan 59 nyawa sedang ia bergerak tanpa nakhoda.

KEMBARA ACHEH 2014 SIRI 1 - Muqadimah




Bertolak bersama 41 peserta dari Parit Sulong ke KLIA 2 dan terus terbang ke Acheh.

bersambung....

Monday, May 27, 2013

Sunday, May 26, 2013

Wednesday, May 8, 2013



Saya nak berkongsi perasaan dan aspirasi anak anak muda yg cintakan negara... baca dan fikir-fikirkanlah

Kata orang tua...
Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...
Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara. 

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

ISU PERKAUMAN : MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…


Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah..  DAP bertanding dikawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN,  saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs  Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN)  BKT BENDERA

Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu  bertambah dalam Parlimen.
Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang  vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang  vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4.  Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amirudin Saari (PKR) menang  vs Ravisandran (BN) – Bati Caves
8. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
9. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. Isunya bukan kerana Ghani Melayu tetapi BN di tolak atas rekod buruk rasuah, salah guna kuasa sepanjang 5 tahun lalu. Jika Ghani Lawan Melayu PR pun dia akan Kalah. Jika Kit Siang lawan Cina MCA pun, MCA akan kalah. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3. Parlimen Hulu Selangor (M-56%) Khalid Jaafar kalah vs Kamalanathan (BN
4.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

5. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
6. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
7. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
8. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani  Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
9. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
10. DUN Kahang (M-74%)  Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
11. DUN Pulai Sebatang ( M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
12. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
13. DUN Bingkor (Islam 38%)  Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
14. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih tak percaya,  UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang. 

Sunday, April 14, 2013

Sunday, March 24, 2013

Ceramah Penerangan Bergambar - Jerantut

http://youtu.be/htMjCCPjQwM

Thursday, March 7, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: Apa dah jadi ????

UMNO /BN sibuk pertahankan kalimah Allah. Rupanya di sabah dan Sarawak negeri di bawah pentadbiran BN telah menggunkan nama Allah pada papan tanda gereja

1. KM 59 jalan Bintulu Miri , Sarawak - menggunakan BONDA ALLAH


2. Gereja di Tawau Sabah - menggunakan perkataan DOMBA ALLAH


Inilah bukti penipuan pemimpin UMNO, kononnya bermati matian mempertahankan kalimah Allah. UMNO/BN menggadaikan perkataan Allah di papan tanda gereja di Sabah dan Sarawak...

Tuesday, January 15, 2013

Amanat Hishamuddin, Nazri dan Fathul Bari


  • “Menteri sebelum saya tidak sepatutnya mengharamkan perkataan “Allah” daripada digunakan oleh Gereja Katolik” (Ucapan Dato Seri Hishamuddin Hussein di Sidang kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-4 di Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010.) Sila rujuk: 
  • KUALA LUMPUR, Aug 1 — Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today that his predecessor should not have banned the word “Allah” from being used by the Catholic Church.  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hishammuddin-says-regrets-allah-ban
  • Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka. - (Kenyataan Dato Seri Nazri Aziz dalam satu wawancara eksklusif dan dipetik oleh Utusan Malaysia 16 Januari 2010)
  • It was also perfectly acceptable for Christians to use the word “Allah” - Terjemahan: ia juga telah sempurna diterima bagi orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah - Kenyataan Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO) dalam The Star - 19 Mac 2011.

Tuesday, December 25, 2012

Thursday, December 6, 2012

Kantoi: Jual minyak sawit ke Israel, Mukriz Sahkan



Ha ha ha... Boleh percaya ke? Israel benarkan Syarikat orang Islam menggunakan Pelabuhan Israel untuk penghantaran minyak ke Palestin... Baik benar Israel.. Lagikan kilang susu dan gudang makanan di Gaza di Bom.

Wednesday, September 5, 2012

Friday, August 10, 2012

22 tahun PAS di Kelantan, tak laksana Hudud?

Buat orang yg sering bertanya kenapa 22 tahun, PAS di Kelantan tak laksana hudud. Perenggan terakhir surat Dr Mahathir memberi amaran pada Tuan Guru Nik Abd Aziz, tindakan akan di ambil pada Kerajaan Kelantan jika Kelantan bertegas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yg telah diluluskan dalam DUN Kelantan

Kita nak undi siapa??

  1. DAP bertanding kawasan majoriti bukan Islam, lawan MCA, Gerakan, MIC dll. Semua parti non muslim dalam BN nampaknya tolak hudud dan negara Islam. Chua Soi Lek sampai sifatkan UMNO sebagai gila ADUN yang cadang hudud di Johor. Jadi kalau sokong orang tolak hudud haram... calon DAP lawan MCA (dua-dua tolak hudud) orang Islam nak undi siapa?
     
  2. Dalam PR ada parti tolak hudud (DAP) tapi semua parti PR tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, kronisme dll. Dalam BN ada MCA, MIC, Gerakan, SUPP, PBS dan lain lain. Semua parti ni tolak hudud disamping mereka adalah perasuah, penyamun wang rakyat, peneraju budaya mungkar, penindas rakyat. Jadi siapa lebih baik dan siapa lebih teruk sebenarnya.
     
  3. Dalam PR ada DAP tolak hudud, tapi PAS tak tolak. Manakala dalam BN semua parti termasuk UMNO tolak pelaksanaan hudud bahkan mempersenda hudud. Jadi, antara BN dan PR siapa lebih teruk?

Thursday, August 9, 2012

Terawih di Mesir

Jom nilai 2 gambar ni..

Haram Sokong DAP sebab di bawah??


Halal sokong UMNO dan MCA sebab di bawah..??


Wednesday, August 8, 2012

Umno hadiah kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan



Isu  yang sering dicampak oleh media khadam UMNO ialah 90 kerusi untuk DAP, tujuannya untuk memikat pengundi Melayu supaya terus bersama UMNO, walaupun sudah ada keraguan yang banyak terhadap kemampuan UMNO memimpin negara bersama rakan-rakannya, khususnya dengan penyertaan beberapa tokoh UMNO dan pegawai tinggi kerajaan yang bersih dan tidak berkepentingan bersama PAS. Memang rakyat Melayu yang jahil sepak terajang politik tidak nampak dengan hakikat yang nyata berlaku di lapangan seluruh negara.

Perlu dikaji bahawa beberapa senario pilihanraya menunjukkan DAP terus bertapak di kawasan majoriti bukan Islam. DAP tidak mampu bertapak di kawasan majoriti Melayu, jumlah sebenar yang mampu bagi DAP untuk menang  tidak sampai lebih daripada 50 kerusi. Kedudukan DAP yang kuat ini  sehingga MCA, MIC dan Gerakan (rakan sejawat UMNO) tersingkir dalam beberapa kali pilihanraya dan akhirnya  hilang  kuasa di Pulau Pinang dan tersingkir di banyak tempat di peringkat Parlimen. Maka UMNO terpaksa merancang untuk menyelamatkan kuasa  semata-mata, walaupun menjual maruah agama dan bangsanya sendiri.

Keadaan menunjukkan bahawa DAP sekadar berkemampuan lebih kurang  jumlah kerusi tersebut sehingga tidak ada alasan untuk menjadi parti mengepalai kepimpinan negara, dengan kadar itu daripada jumlah semuanya 222 kerusi di parlimen. Maka yang lebih daripada itu adalah  rebutan di antara PAS, PKR Melayu dan UMNO dengan sedikit berbeza di Malaysia Timur bagi bumiputera. Di sinilah juga maka DAP bersama menerima asas yang sudah ada dalam Perlembagaan Negara yang telah disalah urus oleh UMNO bersama BN. DAP menerima kedudukan Islam adalah agama persekutuan, serta hak yang adil kepada agama-agama yang lain. Hak istimewa bumiputera dan hak yang adil terhadap kaum yang lain, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan hak bahasa ibunda berbagai kaum, dan menerima konsep raja berperlembagaan.

Sesiapa yang mengkaji secara mendalam di sepanjang perjalanan pilihanraya mencetuskan kesedaran betapa UMNO adalah  parti sekular pragmatik yang lebih bertujuan untuk mempertahankan kuasa  semata-mata, tanpa agenda yang sebenar mempertahankan Melayu dan Islam, lebih malang dan zalim apabila menyalahkan pihak lain yang boleh mencetuskan kekacauan dan UMNO hanya ingin mengambil kesempatan dengannya bagi meneruskan kuasanya.

Sikap pemimpin UMNO dan langkah politik  mereka mendedahkan perjuangannya yang sebenar, bukan sahaja Islam dan Melayunya diperkuda dengan topeng hak istimewa, bahkan kerusi Islam dan Melayu yang telah diakui oleh semua kaum lain dihapuskan oleh UMNO, demi menyelamatkan rakan sejawatnya, MCA, MIC dan Gerakan.

Kepada sesiapa yang  membaca politik UMNO akan menemui betapa UMNO menyerahkan banyak kerusi campuran, majoriti Islam dan Melayu di seluruh negara kepada rakan sejawatnya MCA, MIC dan Gerakan bagi menyelamatkan kuasa semata-mata. Walaupun PAS meletakkan calonnya di kawasan tersebut, UMNO wajib mengalahkan PAS walaupun dengan politik wang tanpa batas khususnya membeli pengundi-pengundi Melayu Islam di kawasan yang dihadiahkan kepada MCA dan Gerakan. Jentera UMNO dikerahkan bermati-matian, termasuk guru-guru agama  bagi menunjukkan kesetiaannya kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Dipihak yang lain pula UMNO menggunakan kuasa majoriti di parlimen menambah kerusi di peringkat negeri dan pusat. Hanya di negeri-negeri dan kawasan Melayu kuat UMNO sahaja dilakukan penambahan kerusi dengan jumlah dan persempadanan yang sangat tidak seimbang  dan dengan sengaja tidak menambah kerusi di negeri-negeri dan kawasan-kawasan di pantai timur dan utara semenanjung yang besar majoriti Islam dan Melayunya (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis). Ada kawasan yang jumlahnya lebih daripada lapan puluh ribu dan sempadannya lebih besar daripada negeri Melaka dan Perlis, seperti Baling, Gua musang, Kemaman dan sebagainya, tidak berubah sejak berpuluh tahun. Di Johor, Sabah dan Sarawak dibanyakkan kawasan tambahan dan sebahagiannya dihadiahkan kepada MCA, MIC dan Gerakan  dan rakan-rakannya yang lain.

Adapun kenyataan pemimpin UMNO bahawa DAP akan menguasai seluruh negara sekiranya BN kalah dengan  provokasi  perkauman,  adalah satu cara yang zalim, demi mencapai kemenangan dengan apa cara, walaupun  boleh menyebabkan kebencian di kalangan kaum dalam masyarakat majmuk. Sepatutnya kaum Melayu dan Islam diperkasakan pengetahuan politik, bukannya diperbodohkan, khususnya melalui media arus perdana berbahasa Melayu yang digunakan menjadi khadam dan hamba abdi UMNO.

UMNO yang gagal menunjukkan  contoh Islam dan sifatnya yang sebenar kepada kalangan bukan Islam, bahkan menunjukkan amalan yang mencalarkan imej Islam. Contoh tidak adil terhadap semua, contoh rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi. Dalam masa yang sama memperbodohkan rakyat dengan politik wang dan media terhadap kaumnya sendiri.

UMNO yang menunjukkan sifat pemimpin yang berlagak menjadi Tuhan, Maha suci daripada segala kesalahan dan kekal berkuasa selama-lamanya, melakukan apa sahaja terhadap pemimpin dan parti kalangan bangsanya sendiri, walaupun dengan cara merempuh dasar konsep perlembagaan, seperti tidak melaksanakan konsep Federalisme  apabila PAS memimpin Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak, dengan melakukan tindakan yang lebih keras daripada negeri yang dikuasai oleh kaum lain, seperti terhadap Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan, Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika berada dalam Malaysia. Maka UMNO tidak layak menjadi pelakon pahlawan Melayu menentang DAP.

UMNO jangan menyalahkan parti bangsa lain kerana Melayu bumiputera masih lambat untuk mengejar kefahaman bangsa lain, UMNOlah yang menghilangkan jatidiri Melayu Islam di Singapura  dan negeri-negeri Melayu pantai barat semenanjung dan kelemahan bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak disebabkan berebut jawatan parti untuk merebut kekayaan. Cukuplah baki orang Melayu dan bumiputera dengan sejarah yang terlalu dekat, peristiwa  kematian Bank Bumiputera yang berada di bawah ketiak UMNO, kerana di mana adanya pejabat bahagian UMNO maka di bawahnya Bank Bumiputera  dan yang terbaru Bank Pertanian diubah nama kepada BANK AGRO, seronok dengan nama orang putih, inilah dia bahasa jiwa bangsa, sehinggalah bahasa kebangsaan dikecilkan tulisannya dan berada digaris yang direndahkan dalam segala iklan di Malaysia bukannya di England.

UMNO hanyalah teringat kepada agama dan bangsanya sepenuh semangat ketika hampir pilihanraya dan di masa kempen pilihanraya. Menggunakan sebanyak duit untuk meraih kemenangan, kemudian menyalahgunakan duit dan kuasa selepas kemenangan. Perkara ini tidak berlaku di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, oleh kerana ini maka ramai kalangan  UMNO lama dan bekas pegawai kerajaan bersama PAS dan mengharapkan PAS ganti UMNO.

Perkembangan menarik juga berlaku di kalangan bukan Islam dan Melayu, apabila media bahasa ibunda mereka agak terbuka, tidak seperti media khadam Umno yang membodohkan bangsanya sendiri, Apabila sedikit kuasa yang penuh cabaran dan sekatan kepada PAS dilaksanakan terhadap kaum bukan Islam dilaporkan oleh media bahasa cina dan tamil , menyebabkan bukan Islam dan bukan Melayu mengundi calon PAS yang menentang calon MCA , MIC dan Gerakan.

Dalam ruangan ini PAS berusaha untuk menyelamat secara khusus, kaum Islam dan Melayu supaya mengubah kepercayaan mereka terhadap UMNO dalam masa yang lama, kepada memberi kepercayaan kepada PAS memimpin kaum Islam dan Melayu khususnya bersama Pakatan Rakyat dengan Negara Berkebajikan yang adil untuk semua.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Friday, July 27, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Monday, July 23, 2012

"Habis.. tanah kami" Rintihan Orang Asal Temerloh

FAKTA KOMPOSISI KERUSI MELAYU


Bandingkan Dua pilihanraya ini, 2004 BN menang 90% tapi jumlah kerusi  Melayu 56.2 %, manakala 2008 BN hilang majority dua pertiga, jumlah ahli parlimen Melayu bertambah kepada 58.6%. Maknanya kalau BN kalah terus dalam PRU akan datang, kerusi Melayu akan makin bertambah dalam Parlimen

Tuesday, July 10, 2012